Kriogen (geologi)
Kriogen (geologi)

Kriogen (geologi)

Kriogen (daripada perkataan Bahasa Yunani Kuno: κρύοςcode: grc is deprecated , krýoscode: grc is deprecated , bermaksud "sejuk" dan γένεσιςcode: grc is deprecated , génesis, bermaksud "kelahiran") merupakan suatu tempoh geologi yang kedua pada era Neoproterozoik bermula 720 hingga 635 juta tahun dahulu.[3] Tempoh ini didahului oleh Tempoh Tonos dan diikuti oleh Tempoh Ediakara.Tempoh Kriogen merupakan tempoh masa berlakunya perubahan biosfera yang drastik. Selepas kepegunan iklim sewaktu Tempoh Bosan Bilion Tahun, tempoh Kriogen bermula dengan pengglasieran Sturt yang teruk, sehingga membekukan keseluruhan Bumi dengan Bumi pada ketika itu berada dalam keadaan Bumi Bola Salji. Selepas 70 juta tahun berlalu pengglasieran tersebut berakhir, tetapi dengan segera Bumi pada ketika itu mengalami pengglasieran Marino yang juga merupakan peristiwa global. Peristiwa-peristiwa pembekuan global ini masih diperdebatkan secara saintifik khususnya sama ada: (1) peristiwa-peristiwa tersebut meliputi keseluruhan Bumi, atau (2) terdapat satu kawasan kecil di lautan terbuka berhampiran khatulistiwa yang terselamat daripada pengglasieran. Keadaan yang kedua dikenali sebagai keadaan Bumi Bola Lecah Salji (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "slushball Earth").

Kriogen (geologi)

Kegunaan tempatan Global (ICS)
Keformalan nama Formal
Unit kronologi Tempoh
Jasad cakerawala Bumi
Unit stratigrafi System
Kandungan purata O2 di atmosfera c. 12 vol %
(60 % berbanding aras moden)
Skala masa yang digunakan Skala masa ICS
Takrif sempadan atas
  • Litupan karbonat yang berbeza di serata dunia.
  • Bermulanya corak perubahan sekular yang tersendiri dari segi isotop karbon.
Calon takrif sempadan bawah Penampilan pertama pengglasieran yang meluas.[1]
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP March 2004[2]
Nama yang diratifikasi 1990
Kandungan purata CO2 di atmosfera c. 1300 ppm
(5 kali ganda berbanding sebelum zaman industri)
Sempadan atas GSSP Bahagian Caruk Enorama, Banjaran Flinders, Australia Selatan
31°19′53″S 138°38′00″E / 31.3314°S 138.6334°E / -31.3314; 138.6334
Keformalan jangka masa Formal
Takrif sempadan bawah Ditakrifkan secara kronometrik dengan umur ditent ukur secara interim pada sekitar 720 Ma. GSSP sedang dijalankan.
Calon keratan GSSP sempadan bawah Akan ditetapkan
Purata suhu permukaan c. 5 °C
(9 °C kurang berbanding paras moden)

Rujukan

WikiPedia: Kriogen (geologi) https://discovery.ucl.ac.uk/id/eprint/1496826/1/Sh... https://doi.org/10.18814%2Fepiiugs%2F2016%2Fv39i1%... https://doi.org/10.1080%2F00241160500409223 https://doi.org/10.1080%2F00241160410006492 https://doi.org/10.4102%2Fsajs.v108i1%2F2.658 https://doi.org/10.1126%2Fsciadv.1600983 https://www.worldcat.org/issn/0705-3797 https://stratigraphy.org/gssps/files/ediacaran.pdf https://www.wikidata.org/wiki/Q123528292#P345 http://tools.wmflabs.org/timescale/?Ma=720%E2%80%9...